Rabu, 15 Ogos 2012

Hujan yang turun bagaikan mutiara



                            "THE HONEST BAND IN MALAYSIA"





Hari ini iaitu tanggal 17 ogos dan ia bermakna 8 bulan masa berlalu dalam tahun 2012..sungguh cepat masa berlalu dan yang pasti langit yang berada di atas kita pastinya tidak akan menurunkan hujan emas ataupun hujan perak..

Walau pepatah ada mengatakan bahawa hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri..namun ia hanyalah pepatah..Tetapi bukan itu yang saya mahu bincangkan..apa yang mendorong saya menulis blog ini  adalah di sebabkan saya ingin mengongsikan minat saya terhadap satu kumpulan indie yang semakin mekar di dalam muzik arus perdana di Malaysia..Band yang saya maksudkan itu adalah band yang di beri nama HUJAN..Walaupun ada segelintir yang tidak senang dengan kehadiran band ini tapi semua tu tak mendatangkan kesan langsung terhadap band ini..Malah dengan adanya KAREKTOR-KAREKTOR tentangan seperti itu ia sedikit sebanyak menguatkan Hujan..ini kerana sokongan dari peminat-peminatnya atau dikenali sebagai "RAINGERS" tidak pernah putus dan tak terbelah bahagi malah mereka terus memberi sokongan yang padu terhadap HUJAN.. Hujan..sesuai dengan iramanya yang mengisahkan rintik-rintik hujan sama ada lebat mahupun renyai-renyai..



                              







Sejarah Kemunculan Awal HUJAN
Band ini mula di tubuhkan pada tahun 2006 dan mereka mula menyemarakkan arus perdana di awal kemunculan mereka melalui lagu hits mereka pagi yang gelap dan bila aku sudah tiada..
  




                        ~AHLI-AHLI BERSATU DALAM HUJAN~
-Band yang berbakat ini terdiri daripada Noh(vokal),AGCoco(gitar utama),Izzat uzaini(bass),Am(Drummer),dan juga Hang dimas..


-Noh yang gila-gila,kreatif dan berbakat

-AG hebat dan stylo  
-Hang Dimas bisnes dan penambah seri 

-Am pendiam tapi mengagumkan

-Izzat awesome dan gorgeus


10 sebab Hujan menjadi pujaan hatiku  
 Nak tahu 10 sebab kenapa aku minat hujan???
1. Muzik-muzik dia senang untuk aku hadam
2. Lirik2 dia yang mendalam pula mampu memberi aku inspirasi
3. Lagu2nya memberikan aku seribu satu semangat..
4. Hujan berada di kelas yang tersendiri
5. Hujan mampu membuatkan pening aku bertukar menjadi happening..
6. Hujan  unik dan kreatif 
7. Lirik-lirik lagu Hujan jujur dan tak keterlaluan..
8. Hujan adalah Cinta pertama aku dalam muzik indie Malaysia..
9.Lagu rancak hujan sesuai dengan jiwa aku manakala lagu-lagu slownya pula mampu membelai-belai jiwa aku
10. Zat-zat lagunya membangkitkan aku dari tidur lena yang berpanjangan..

Hujan band ni aku mula mengenalinya pada tahun 2008 dan ketika itu aku baru form 2..mula tercetusnya minat aku pada band hujan ni adalah di sebabkan rakan2 kelas aku yang kerap memperdengarkan aku dengan irama hujan dan paling menarik apabila mereka beritahu yang mereka  telah mencuri CD Hujan..Moral in the story mulai hari itu aku terasa ingin mendekati dan selami apa yang menariknya tentang band ini dan dalam tempoh aku selami aku menjadi semakin minat dan sehingga kini minat tu tak pernah hilang..aku nak ucapkan terima kasih juga kepada mak aku sebab sanggup memberi aku duit untuk membelikan aku baju dan CD hujan..Thanks mom you are amazing mother in the worlds <3

           Kata-kata akhiran

walaupun ada segelintir kawan-kawan aku yang selalu saja mengutuk band kesayangan aku ni tapi minat dan obsesi aku terhadap Hujan tak pernah luntur kerana bagi aku muzik Hujan lebih awesome dari muzik K-pop yang hanya bersandarkan gimik,rupa dan rentak sahaja..bagi aku walau sehebat manapun hujan di negeri orang,aku lebih suka berhujan di negeri sendiri..Ini kerana aku berpegang pada prinsip "Dimana bumiku pijak di situ langit ku junjung"....2008 dan sehingga kini lagu-lagu hujan tetap menjadi siulan diriku ini..akhir kata dari saya sokonglah muzik tempatan...feuuuu




Orang luar tersenyum nampak gigi mengapa tak kita???

       ~RINTIK-RINTIK HUJAN MENGHASILKAN IRAMA~



VIDEO EDIT BY FBI Raingers Hujan@MUHAMMAD FAZRUL KHAS UNTUK HUJAN..
TUNGGU APA LAGI JOMLAH TERJAH...







2 ulasan: